Note :-

Hai member's...

Sudi-sudikanlah menjengah ke blog tak seberapa ini dan jangan lupe tinggalkan jejak anda, kalau ade masa aku jelajah blog korang pulak =)

Yang penting FOLLOW aku tau...


P/S :- Blog ini memang carca-marba, aku menulis ikut keadaan aku dan kehidupan aku...harap maklum... =)

~ me only me ~

~ us ~

Daisypath Anniversary tickers

Our Anniversary

~ Ahmad Habib Ad-Darwisy ~

Our Little Khalifah

 IAmPregnant Ticker
Lilypie Pregnancy tickers
 BabyFetus Ticker

Selasa, 27 Disember 2011

.10.Tanda.Kehamilan.

128
copyright from 10 Tanda Kehamilan



Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.  (mmg tgh lapar jer..camner nie??huhuhu)

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu. (errrr..yg nie xpasti??...)

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.  (almost every night...grr...ngantuk nk bgn...tp adakah ianya??....)

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.  (yup...terlalu letih...lagi si bdk nakal itu tgh melasak skrg...smpai xleh nk kawal dah...huaa~)

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.  (seriously mmg sakit la nie...tp, betul ker?....huhuhu)

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.  (yg nie rasenyer xde...)

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.  (so far xde lagi...cuma pening2 skit ade la...huhuu..no komen)

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.  (xsukat lak suhu tetiap hari...rase sejuk jer, la nie musim hujan..sejukkk..)

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.  (yup...now dh 11days dh lambat from the date  for period....tp...xtau la??)
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...  (yang nie buat aku confius....dh cek 3x...still -ve...ape citer...kene g cek gak...but tggu 3hari lagi...huhuhu...hope sgt ianya +ve)

...Tahniah!


p/s : kita hanya merancang cuma Allah S.W.T. sahaja yang menentukan segala-galanya...




with lurve

Khamis, 22 Disember 2011

First Giveaway

127





suddenly, update pasal giveaway nie dari membebel :) ...huhuhu mane la taukan kalo ade rezeki kali nie?...huhuhu ... seriously i love the handmade art... =)


p/s : jom join this giveaway... http://littleatticart.blogspot.com/2011/12/first-giveaway.html




with lurve

Khamis, 1 Disember 2011

im back!!

126


Assalammualaikum...hihihi...lame giler xupdate...alhamdulillah...syukur ke hadrat illahi dengan berkat doa dan kesabaran dapat juga aku laksanakan haji dengan sempurna...amiinn...


korang rindu aku x?...ke masih ade kawan-kawanku yang masih ingin menjenguk aku dlm blog nie?...huhuhuhu...


ok, tatap gmbar yg dpt aku selitkan disini....nnt aku citer panjang lagi ekk....daaa






p/s : my notty boy now 1year n 8 month...xsabar nk no.2..huhuhu...kalau ade rezeki laa...huhuhu


with lurve

Khamis, 6 Oktober 2011

.My.Heart.Flying.Without.Wings.

125

Sticky Post until November....






skrg hati sudah terbang ke rumah Allah..cuma badan disini lagi..huhuhu...


kepada sahabat alam maya, ampun dan maaf ku pinta, andai ade terkasar bahasa terlepas kata (padehal taip jer kan?) ampun dan maaf yer...doakan kesejahteraan aku sekeluarga di sana dan diperoleh haji yang marbur.


p/s : berat tak berat hati ini meninggalkan si kecik itu...harap2 dia elok laku dan tak banyak peel nyer....Ya, Allah ringankanlah rinduku ini pada anakku ini agar aku dapat menambahkan ibadahku kepadamu ya allah..amiinn..


with lurve

Rabu, 28 September 2011

.WORDLESS.v5.

124




p/s :- bakal menjadi tetamu Allah ...doakan saya sekeluarga selamat pergi dan selamat kembali dan juga beroleh haji yang mabrur..aamiinn


with lurve

Khamis, 15 September 2011

.Si.Ibu.Yang.Happenning.???.

123


yup..kenapa aku cakap si ibu ini Happenning!!!....coz, korang tengok la sndiri di blog dia...*click kat link dibawah* - if kalo korang leh tgk la...hihihi...sbb die dh privatekan blog die...huhuhu...lalalalala...=)


http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/
hehehe...kak ana jangan marah yer kalo saya buat entry tuk akak nie...=)


sebenarnyer saya berbesarlah hati kerana akak follow saya....tue jer...hihihihi...acah jer, ofcoz saya berbesar hati di follow oleh si tuan tanah yang ramai follower die...sila tgk gmbr diatas...berapa ramai follower die??...see...see...1K ok...aku, cer tgk kat follower aku berape kerat jer...berbanding dengan dia...hukhukhuk...T_____T


aku citer nie opkos korang nk aku buktikan kan?...ish2...kene la mempercayainyer ok...hihihihi...




wow!!!...xsangka..huhuhu...menitis air mata T___T ... perlu ker???...hahahhaha...kalo xnmpk sila klik tuk pembesaran...huhuhu


ok, tue jer nk citer...


p/s:- aku perlu siapkan assigntment tue jugak!!!....waa!!!! T____T


with lurve

.New.Job.On.The.Line.

122




yeah2...i know...i bz with my work...my project not finished yet...hukhukhuk dead line is 22 Sept 2011 ... watt!!!...


dah lak nk update blog pon berzaman, inikan nk siapkan projek assigntment pon paling senang xberbuat...derrrr... i hate myself right now!!!!... T_________T grrrrrr....


p/s :- perlukan idea untuk siapkan projek ini...huhuhu...help me!!!! T____T


with lurve

Rabu, 14 September 2011

.WORDLESS.v4.

121




ihsan : en.google


indah sungguh ciptaan Mu Ya Allah...hati ini bagai digamit-gamit untuk ke rumah Mu...Aku berdoa semoga engkau mempermudahkan urusan hambamu ini Ya Allah...amiinnn


p/s :- mendiamkan diri selama 1bulan lebih...sbb keje terlampau la banyak...huhuhu




with lurve

Isnin, 18 Julai 2011

.terliur.tgk.ini.

120





*gambar ihsan dari en.google ku*


p/s : tgh dok pose nie...balik nie segerakanlah menyiapkan juadah berbuka masak spagethi bolognese...sbb tekak tgh xsedap + demam skali nie..huhuhu


with lurve

Khamis, 14 Julai 2011

.H.E.L.P.!!!!!.

119





+





=


TERCEKIK TULANG IKAN




p/s : adoiii...apa daaa...smpai skrg xleh nk kuar kn....help2!!!




with lurve

Rabu, 13 Julai 2011

.WORDLESS.v3.

118






p/s : hukhukhuk...so sori lame xupdate blog kesayanganku ini...bz yg teramat lah terlampau...actually nk citer terkini sambungan .A.H.A.D.v3. but hari nie hari rabu tuk wordless...sok aku hapdet la ekk...stay tune...




with lurve

Rabu, 15 Jun 2011

.WORDLESS.v2.

117




p/s : ke "bz" an telah melanda pada diriku...huhuhu...


with lurve

Rabu, 8 Jun 2011

.WORDLESS.v1.

116




p/s : hari demi hari makin tak keruan aku rasakan...


with lurve

Jumaat, 3 Jun 2011

.A.H.A.D.v5.

116






ok, dh lame xciter budak sikenit yang makin tak duduk diam skrg...ada ajer bende nak dibuatnyer...skrg dh mula pandai nk melangkah...cuma dekat atas katil berani nk berdiri lama2...letak jer kat lantai mesti tak berani dan jatuhkan badan dia dan merangkak jer la yang dia tau...hihihi


ok, ini malam tadi punyer citer yang aku nak citer kat korang...
biasa la, budak-budak nak belajar nak explore semua benda dia pergilah "mengemas" semua harta-harta yang ada dalam bilik aku...


dan tempat yang selalu dia pergi kat sini...


sila lihat gambar...




opss...gambar blur, sebab dia mmg payah nak bergambar macam walid dia...huhuhu


mungkin korang perasan dia mesti kat rak buku...ehem-ehem...opkos ikut ummi dia yang ulat buku...hahahaha....adakah???..mungkin gak kn??...


dan malam semalamnya aku beli buku untuk 'story bed time'


aku beli buku nie




sila abaikan background tue yer...


bagus jugak buku nie...kisah-kisah Nabi & Rasul... so, aku ambil buku nie dan baringkan dia kat katil aku mulakan citer yang Pertama Kisah Nabi Ibrahim...


citer..citer..citer...biasalakan dia mmg xleh diam, naik atas badan aku, nk mkn buku tue, nak jilat la buku tue...aku citer..citer..citer...last-last nak tgk apa yang jadi??




tido gak akhirnya dengan puting kat mulut, yang paling penting kain napkin tak leh berenggang langsung...yang pasti bantal Shinchan kene kat sebelah...hihihi
chomey jer dia tido...geget pipi dia...emuuahhxxx... =)


p/s : to auntie lina for the prezent the bantal Shinchan tue...hihihi


with lurve

Rabu, 1 Jun 2011

Isnin, 30 Mei 2011

.Back.To.School.

113


ok, semalam dengan jayanya aku menjadi seorang siswi...huhuhu...


bermula la perjalanan seorang....


isteri + ummi + workaholic mommy + student = ME...




p/s : hopefully aku dapat habiskan pengajian ini dgn jayanya...skrg laki bini dok study sesama...aammiiinnn...


with lurve

Khamis, 26 Mei 2011

.Jenaka.Suami.Dan.Isteri.

112



“Isteriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.
Ingatlah bahtera yg kita kayuh,
begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu…..
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain…

jenaka suami isteri Jenaka Puisi Suami Isteri

***Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu..
kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan…
kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu dan….
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu…
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…
Cuba lihat siapa dirimu…
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangancuma mancis saja!!!!!
Please lah…!!!”

Sumber : blog

with lurve

.Epilog.Sebuah.Drama.

111


Ayah, palingkan wajahmu ke arahku...
Jangan dibuka pintu itu...
Kerana sekali kau berlalu...
Patahlah sayap kananku...


Ibu, pusingkan mukamu ke arahku...
Jangan digegarkan Arasy Allah yang satu...
Kerana sekali kau pinta hal itu...
Ranaplah sayap kiriku...


Ayah dan ibu...
Aku anak yang belum tahu...
Apa itu tanggungan di bahu...
Janji Allah aku bakal dijaga oleh kamu...


Tetapi tak mengapa...
Kalau hanya itu jalan yang kamu ada...
Aku pasrah dalam doa...
Bahawa janji Allah juga...
Aku anak akan terbela...


Dan...
Setiap dari kita...
Bakal bersatu juga atas nama keadilan disana...


source : Dairi Sufi


with lurve

.Cinta.Suatu.Anugerah.

110


Terima kasih Tuhan atas cinta ini...
Terima kasih Tuhan atas rasa ini...
Terima kasih Tuhan atas rindu ini...


Terima kasih Tuhan kerana menciptakan cintanya untukku...


Terima kasih Tuhan kerana membibitkan cintaku untuknya...


Terima kasih Tuhan atas pertemuan itu...


Syukurku atas anugerah ini.


source : Dairi Sufi


with lurve

.Amarah.Bukan.Pilihan.Ku.

109


Apabila orang lain tersilap, marah kita meluap-luap...
Apabila orang lain tersalah, marah kita bara disimbah...
Apabila orang lain tersadung, marah kita mula bersabung...
Apabila orang lain tersungkur, marah kita tidak terukur...


Semuanya kerana Marah...


Apa kita lupa atau mungkin alpa,
bagaimana seandainya...


Bila kita tersilap, Tuhan yang marah...
Bila kita tersalah, Tuhan yang marah...
Bila kita tersadung, Tuhan yang marah...
Bila kita tersungkur, Tuhan yang marah...


Di manalah bumi handak dipijak...
Ke manalah langit hendak dijunjung...


source : Dairi Sufi


with lurve

Rabu, 4 Mei 2011

.Happy.Birthday.

107


ok, semalam bertambah lagi usia aku huhuhu...


Happy Birthday to me...
and also for my dear en.suami 
*sepatutnya aku nk wish last month dlm entry baru...tp xsempat2 nk update bz ngan keje...huhuhu..sori my love*




19/4 & 3/5


p/s : hope dalam usia yang bertambah kini aku mampu berdiri teguh untuk suami dan anak-anak. Aku mahu menjadi pendamping yang setia kepada suamiku dan anak-anakku...


with lurve

Khamis, 28 April 2011

.My.Wish.List.v1.

106
sumber gambar:en.google




aku rase entry kali nie agak lambat untuk aku update...harap korang sudi lagi menjengok kat blog aku yang tak seberapa nie...*wink...wink*


ok, kali nie aku nak cer citer kat korang tentang My Wish List ... ini bukan ada kene mengena dengan azam tahunan ok... ini yang aku idam-idamkan sejak aku berfikir yang ape aku nak dalam hidup aku ini...korang semua pasti ada yang korang mahukan dalam kehidupkan korangkan. 


masa menjadi budak2 hingusan dulu...*hihihihi* (perasan jer aku nie kan) 
aku nak sebuah kereta...*demand jer aku kan...huhuhu* Yes!!...kereta sport...time tue aku mmg giler kan Satria GTi ... itu dulu...


Proton Satria GTI


sekarang bila dah dewasa...fikiran dah matang boleh fikir +ve & -ve ...dah mula berkerja aku cuma dapat beli kereta ini jer laa...*ok wat...kereta idaman sekarang la kan...byk permintaan tau korang *


Perodua Myvi


hahaha...xboleh blah kan??...ok, tuk future lak...opkos la aku dh beranak-pinakkan ada anak yang comel2 kan...aku idamkan kereta ini...


Toyota Estima Aeras


dan ini...


Toyota Vellfire


hahahaha....ntah ape2 kan wish list aku kan...macam banyak duit jer aku nie...huhuhu...itu kalau dapat la kereta nie in future...in future pon mesti kereta2 lagi hebat dari sekarang tak mustahil kan???....


now...yang aku dok terbayangkan kereta ini selepas myvi aku tue...huhuhu...


Toyota Caldina GT4


aarrgghhh...dh dok meleleh air liur aku tgk kereta ni...huhuhu...ianya hanya impian & harapan setiap yang bergelar manusia...korang lak ape yang korang impikan??...cer citer la kat aku...


ok, tunggu next entry My Wish List v2 ok...


p/s : tp myvi aku tetap aku jaga smpai habis bayar...hahahaha...*syg woo...duit gaji pertama aku beli kereta myvi nie...aku syg kat kereta myvi blacky aku nie*


p/s1 : angan-angan akan menjadi kenyataan andai kita kuat berusaha (@_@v)


with lurve