Note :-

Hai member's...

Sudi-sudikanlah menjengah ke blog tak seberapa ini dan jangan lupe tinggalkan jejak anda, kalau ade masa aku jelajah blog korang pulak =)

Yang penting FOLLOW aku tau...


P/S :- Blog ini memang carca-marba, aku menulis ikut keadaan aku dan kehidupan aku...harap maklum... =)

~ me only me ~

~ us ~

Daisypath Anniversary tickers

Our Anniversary

~ Ahmad Habib Ad-Darwisy ~

Our Little Khalifah

 IAmPregnant Ticker
Lilypie Pregnancy tickers
 BabyFetus Ticker

Isnin, 30 Mei 2011

.Back.To.School.

113


ok, semalam dengan jayanya aku menjadi seorang siswi...huhuhu...


bermula la perjalanan seorang....


isteri + ummi + workaholic mommy + student = ME...




p/s : hopefully aku dapat habiskan pengajian ini dgn jayanya...skrg laki bini dok study sesama...aammiiinnn...


with lurve

Khamis, 26 Mei 2011

.Jenaka.Suami.Dan.Isteri.

112



“Isteriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.
Ingatlah bahtera yg kita kayuh,
begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu…..
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain…

jenaka suami isteri Jenaka Puisi Suami Isteri

***Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu..
kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan…
kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu dan….
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu…
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…
Cuba lihat siapa dirimu…
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangancuma mancis saja!!!!!
Please lah…!!!”

Sumber : blog

with lurve

.Epilog.Sebuah.Drama.

111


Ayah, palingkan wajahmu ke arahku...
Jangan dibuka pintu itu...
Kerana sekali kau berlalu...
Patahlah sayap kananku...


Ibu, pusingkan mukamu ke arahku...
Jangan digegarkan Arasy Allah yang satu...
Kerana sekali kau pinta hal itu...
Ranaplah sayap kiriku...


Ayah dan ibu...
Aku anak yang belum tahu...
Apa itu tanggungan di bahu...
Janji Allah aku bakal dijaga oleh kamu...


Tetapi tak mengapa...
Kalau hanya itu jalan yang kamu ada...
Aku pasrah dalam doa...
Bahawa janji Allah juga...
Aku anak akan terbela...


Dan...
Setiap dari kita...
Bakal bersatu juga atas nama keadilan disana...


source : Dairi Sufi


with lurve

.Cinta.Suatu.Anugerah.

110


Terima kasih Tuhan atas cinta ini...
Terima kasih Tuhan atas rasa ini...
Terima kasih Tuhan atas rindu ini...


Terima kasih Tuhan kerana menciptakan cintanya untukku...


Terima kasih Tuhan kerana membibitkan cintaku untuknya...


Terima kasih Tuhan atas pertemuan itu...


Syukurku atas anugerah ini.


source : Dairi Sufi


with lurve

.Amarah.Bukan.Pilihan.Ku.

109


Apabila orang lain tersilap, marah kita meluap-luap...
Apabila orang lain tersalah, marah kita bara disimbah...
Apabila orang lain tersadung, marah kita mula bersabung...
Apabila orang lain tersungkur, marah kita tidak terukur...


Semuanya kerana Marah...


Apa kita lupa atau mungkin alpa,
bagaimana seandainya...


Bila kita tersilap, Tuhan yang marah...
Bila kita tersalah, Tuhan yang marah...
Bila kita tersadung, Tuhan yang marah...
Bila kita tersungkur, Tuhan yang marah...


Di manalah bumi handak dipijak...
Ke manalah langit hendak dijunjung...


source : Dairi Sufi


with lurve

Rabu, 4 Mei 2011

.Happy.Birthday.

107


ok, semalam bertambah lagi usia aku huhuhu...


Happy Birthday to me...
and also for my dear en.suami 
*sepatutnya aku nk wish last month dlm entry baru...tp xsempat2 nk update bz ngan keje...huhuhu..sori my love*




19/4 & 3/5


p/s : hope dalam usia yang bertambah kini aku mampu berdiri teguh untuk suami dan anak-anak. Aku mahu menjadi pendamping yang setia kepada suamiku dan anak-anakku...


with lurve