Note :-

Hai member's...

Sudi-sudikanlah menjengah ke blog tak seberapa ini dan jangan lupe tinggalkan jejak anda, kalau ade masa aku jelajah blog korang pulak =)

Yang penting FOLLOW aku tau...


P/S :- Blog ini memang carca-marba, aku menulis ikut keadaan aku dan kehidupan aku...harap maklum... =)

~ me only me ~

~ us ~

Daisypath Anniversary tickers

Our Anniversary

~ Ahmad Habib Ad-Darwisy ~

Our Little Khalifah

 IAmPregnant Ticker
Lilypie Pregnancy tickers
 BabyFetus Ticker

Isnin, 30 Ogos 2010

.A.H.A.D.v1.

Kali nie nak citer tentang my sugar lil' bun ~Ahmad Habib Ad-Darwisy Bin Mohd Al-Amin~. Sempena nama yang kami declare nak letak nama dia pada posting yang lepas. Sekarang My sugar lil' bun akan menginjak usia nya ke 5 bulan pada 1st Sept nie. Excited??...of coz...be come to mum i'm very extra extra excited....hihihi...ini la dia My sugar lil' bun yang makin xduduk diam...hihihi... Detail kelahiran seperti dibawah :-
Nama : Ahmad Habib Ad-Darwisy Bin Mohd Al-Amin
Nama Panggilan : Habib @ Darwisy
Tarikh Lahir : 1st April 2010 bersamaan 16 Rabiulakhir 1431H
Tempat Lahir : Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bangi
Waktu Kelahiran : 5.54 ptg (Khamis)
Berat Lahir : 3.13kg
Cara kelahiran : Ceaserean (Bedah)


Pic 1. Baby Habib baru beberapa jam lahirnya dia didunia ini..=D *1jam
Pic 2. Baby Habib Day 15 terus cukur (tido pon ade style)
Pic 3. Baby Habib lasak tido sampai keluar tangan dia *day 15

Kelahiran dia adalah secara ceaserean (bedah), nak buat camner??..terpaksa...kalo boleh nak bersalin normal, tp Allah dah tetap kan aku bersalin secara bedah. Aku admit hospital pada 30/3/2010 (malam), sakit nak bersalin mmg Allah saja yg tahu. Pada pagi hari yg sama, aku ada medical check-up dengan dr. pakar, so doktor pun cek laluan bersalin aku n laluan dah terbuka 1cm, bila dapat tahu laluan terbuka rasa takut, gementar, excited pon ade...tp yang pelik nya due bersalin aku ada 2 tarikh pada 13/4/2010 (ikut kiraan last period) dan 7/4/2010 (ikut kiraan scan baby) pulak due ikut perkembangan babyku melalui scan...so, aku tak expect nak bersalin awal...bila dr. dah sahkan laluan aku dh terbuka perasaan takut makin menjelma...cepatnyer nak due...dr. pon ada bagitau first kelahiran memang cepat 1 @ 2 minggu...so, aku redha jer la...
Ok, berbalik pada aku admit hospital, malam selepas maghrib aku memang terasa nak bersalin. So, my hubby terus hantar ke klinik berkenaan. Semasa di admit, dpt la rasa duduk wad hahaha...nak merasa sgt kan...hihihi...sewaktu di dalam wad macam biasa prosedur ibu-ibu nak bersalin nie, cek CTG (degupan jantung baby), tgk laluan bukaan bersalin (yang nie xsanggup rasenyer nak bersalin lagi..aduhh..), selama 2hari tu jugak la laluan bukaan aku xbuka2 still 1cm... dr. pon dah masukkan ubat induce tp still xnak buka...akhirnyer...setelah 3x ubat induce dh bagi, dr. sarankan aku bedah....waaa~ bile dapat tahu nak bedah...lemah lutut aku...apa2 pon aku tawakal pada Allah. Pada hari ke-3 (pagi), ubat induce ke-3 dah dibagi oleh nurse dan menyatakan laluan aku "senget" dan pada masa tu gak aku call mak aku panggil tukang urut tuk betulkan kedudukan baby *secara senyap2*...rupa-rupanya baby aku tak nampak laluan keluar, dan aku dok sakit bahagian kaki kiri...rupanya kepala dia di bahagian pelvis kiri (tulang punggung kiri) *btol ker ayat aku??*. Sebelum aku dibedah dr. akan beri ubat melalui drip semasa dibilik bedah nanti untuk kali terakhir jika aku mampu dapat bersalin biasa laa. Nurse pon sarankan aku sembahyang jamak kerana waktu bedah jatuh waktu petang. Aku pon siap-siap sembahyang. Pukul 2.00ptg aku dibawa ke bilik bedah...seram sejuk aku dibuatnya...Tapi, ntah mana datang nya kekuatan aku, aku rase berani untuk dibedah...mungkin doa-doa dari saudara-mara, kawan-kawan, mak ayah dan suami yang aku jadi kuat xada rasa takut untuk dibedah. Masa di bilik bedah, my hubby peneman setiaku...terima kasih abg... =)....byk betul yg pertama kali, pertama kali mengandung, pertama kali bersalin (secara bedah), pertama kali jadi pesakit didalam wad...hihihi,pertama kali masuk dewan bedah. Sebelum aku dibawa ke dewan bedah ubat drip dan ubat epidural yg telah masuk dlm bdn aku n urutan membetulkan kedudukan baby aku akhirnya laluan aku dpt buka 2.6cm (waktu nie my hubby pegi solat asar)...dr. ckp if aku nak bersalin biasa boleh effect rahim aku akan dibuang kerana ubat induce dh byk kali masuk so, aku pon redha, bersalin bedah...
Aku nak ucapkan berbanyak terima kasih pada my hubby yang sanggup tunggu selama 5hari aku dalam wad dan cuti selama 1 bulan menjaga aku dan my sugar lil' bun. Itulah pengalaman pertama kali aku lalui setelah bergelar ummi...after this gambar my sugar lil' bun akan dipenuhi didalam blog ini.



Pic 4. Baby Habib dengan hadiah2...tq =D *day 18
Pic 5. Baby Habib dah pandai buka mata n lihat sekeliling...org kata penglihatan dia pada hitam putih n merah pada waktu nie. *day 20
Pic 6. Baby Habib tido pon dgn gayanya sendiri... *day 21


Pic 7. Baby Habib dah pandai nak berborak...tgk la sampai jelir lidah dia..=P *2 month
Pic 8. Baby Habib duduk dlm car sitter...pandai posing ekk.. * 2 month ++
Pic 9. Baby Habib masa dikampung bt.kurau tuk majlis akikah...tgk pipi dia...=) * 3 month ++

alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana Kau permudahkan segala urusan ku didunia ini. Aku mohon Kau lindungi anak ku daripada segala ancaman, hasutan syaitan, wabak penyakit dan kau berikan anakku soleh dan taat padamu Ya Allah...ammiinn...
with lurve

2 ulasan:

Fizah Ibrahim berkata...

hye..salam knl..congrats for ur newborn cute baby..comey baby tu, secomey nama dia..hihi..=)

zue_amin berkata...

tq..dear... =D