Note :-

Hai member's...

Sudi-sudikanlah menjengah ke blog tak seberapa ini dan jangan lupe tinggalkan jejak anda, kalau ade masa aku jelajah blog korang pulak =)

Yang penting FOLLOW aku tau...


P/S :- Blog ini memang carca-marba, aku menulis ikut keadaan aku dan kehidupan aku...harap maklum... =)

~ me only me ~

~ us ~

Daisypath Anniversary tickers

Our Anniversary

~ Ahmad Habib Ad-Darwisy ~

Our Little Khalifah

 IAmPregnant Ticker
Lilypie Pregnancy tickers
 BabyFetus Ticker

Selasa, 12 Mei 2009

.: Doa Isteri Solehah :.


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu,
kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.

Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arasy,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu,
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitikan perasaannya,
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya,
Tetapi........

Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu,
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.

Ya Allah...

Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampui segala kesilapan dan ketelanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berilah aku petunjuk ke arah rahmatMu,

Ya Allah sesungguhnya.....

Aku lemah tanpa petunjukMu,
Aku buta tanpa bimbinganMu,
Aku cacat tanpa hidayahMu,
Aku hina tanpa Rahmatmu,

Ya Allah...

Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapai segala cubaabMu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu,
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah.

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu,

Ya Allah Tuhanku....

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku.

Amin Ya Rabbi Allamin....

Tiada ulasan: