Note :-

Hai member's...

Sudi-sudikanlah menjengah ke blog tak seberapa ini dan jangan lupe tinggalkan jejak anda, kalau ade masa aku jelajah blog korang pulak =)

Yang penting FOLLOW aku tau...


P/S :- Blog ini memang carca-marba, aku menulis ikut keadaan aku dan kehidupan aku...harap maklum... =)

~ me only me ~

~ us ~

Daisypath Anniversary tickers

Our Anniversary

~ Ahmad Habib Ad-Darwisy ~

Our Little Khalifah

 IAmPregnant Ticker
Lilypie Pregnancy tickers
 BabyFetus Ticker
Memaparkan catatan dengan label love. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label love. Papar semua catatan

Khamis, 10 Februari 2011

.From.Dadih.With.♥.

98

tajuk hari nie agak tidak masuk diakal kn??...hihihi...opkos la aku telah berusaha untuk menghasilkan dadih 2layer untuk En.Suami ku dibawa ke jamuan sempena kenaikan pangkat dia, jadi hari nie dalam sejarah kerana En.Suami telah dinaikkan pangkat dari jawatan Prebet ker .... hurrmmm .... jap aku g cari kat Mr.Google aku .... *cehh, isteri ape kah aku nie??..sampai jawatan dlm tentera pon aku xhafal??...nk buat camner...aku baru nk explore dlm bidang2 dieorg nie*.... huhuhu... ok, setelah di googling... my En.Suami ku telah dinaikkan ke Lans. Koperal (huhuhu..betul ker??...bantai jer laa..) utk. kepastian sila ke link ini .

ok, berbalik kepada From Dadih With aku buat dadih tuk dibawa ke jamuan En.Suami aku. So, korang tgk jer la gmbr2 yg aku tepekkan di blog ini yaa...

so, bahan-bahan yang diperlukan adalah :-

♥ 1 tin - Susu Sejat (aku guna jenama Ideal...ade rase lemak2 skit)
♥ 1 peket - Serbuk Dadih (aku ambik perisa coklet n strawberi)
♥ Air  - 3000ml = 1.5ml x2 botol
♥ Periuk (yg besar tau)
♥ Gula - 1 Senduk (untuk rase manis2 sket)
♥ Bekas Plastik (seperti digambar yang telah diisi dadih)


Cara-cara untuk membuat dadih ini....korang tgk gmbr jer la ekk...

ini bahan-bahan nyer
*aku suke beli serbuk dadih jenama Happy Grass nie*

ini cara-caranyer
*sajer aku besarkan gmbr nie..supaye korang leh tgk kn??..hihihi =)*


ini didlm periuk
*sebelum dimasukkan serbuk dadih*


ini hasil yang pertama - 1st layer (bwh)
*dadih yang panas tue cepat2 dimasukkan dlm bekas nnt cepat beku...tggu dlm 1/2jam tuk sejuk sementara buat tuk 2nd layer nyer*

ok, ini bahan tuk 2nd layer
*sama seperti bahan-bahan diatas*


Taaadaaa....ini hasilnye...
*cara-cara masih sama*


> lepas tue sejukkan la dlm peti sejuk @ dlm gabus putih masukkan ice ketul...perrghhh..mmg heaven...hihihi...korang boleh la cube sendiri dirumah.

> untuk 1 peket dadih tue boleh dapat dlm 50 @ 60++ bekas...

> dadih nie boleh dijamu dlm mcm2 jamuan...


p/s : huhuhu...agak lmbt untuk aku update blog akhir2 nie...dgn kesuntukkan masa ngan kerja yang tidak pernah abis...aku cume boleh update diopis jer...=)


with lurve

Jumaat, 20 Ogos 2010

.Apa yang Mengembirakan Isteri Dalam Bulan Ramadhan.

Source : e-mail

SUAMIKU BERUSAHA MENJADI ORANG BERTAQWA DI BULAN RAMADHAN

Apa yg amat mengembirakan dan membahagiakan anda pada hari ini ialah apabila melihat suami anda bersungguh-sungguh mencari redha Allah dan berusaha menjadi orang bertaqwa di akhir Ramadhan nanti.

Bulan yang penuh barakah ini adalah khas untuk suami-suami membaiki ibadah khususnya seperti solat, memantapkan bacaan Al Qurannya, menguatkan iman dengan membaiki kualiti puasanya dan meneguhkan aqidahnya dengan menuruti sungguh-sungguh amalan puasa yg diamalkan oleh Ar Rasul SAW.

Insya Allah. bergembiralah anda jika anda lihat suami anda:


1. Bangun sahur dengan mengambil wudhu sebelum menjamah makanannya. Malah lebih syahdu jika anda lihat dia ruku' dan sujud sebelum bersila di hadapan hidangan.
2. Mengejutkan anak-anaknya yang masih kecil dengan kasih sayang mengajak bersahur untuk belajar berpuasa siang harinya.
3. Tingkahlakunya yang lebih sabar yang tidak cepat "panas baran" apabila kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak, anda dan juga dirinya sendiri di sepanjang siang harinya.
4. Bertanyakan kepada anda sebelum membeli juadah untuk berbuka dan membantu anda menyediakan dan menyiapkan hidangan untuk berbuka puasa.
5. Meminta kebenaran anda untuk berbuka di surau / masjid bersama-sama dgn kariah mencari pahala memberi makan kepada musafir yang berpuasa di masjidnya.
6. Dia yang membaca doa berbuka puasa.
7. Semasa berbuka, selepas dia menjamah tiga biji buah tamar, dia mendahulukan anak-anaknya makan hidangan kegemaran mereka. Dia tidak marah jika makanan kegemarannya dia habiskan oleh anak-anaknya.
8. Dia mengajak anda dan/atau meminta anda menguruskan anak-anaknya ke surau untuk solat isyak dan terawih berjamaah.
9. Dia menyatakan puasnya dapat menghabiskan kesempurnaan solat terawih dengan solat witir bersama jamaahnya.
10. Dia menceritakan bacaan tajwidnya banyak ditegur oleh rakan-rakan setadarus dan mengharap bacaannya bertambah baik pada malam esoknya.
11. Sebelum dia masuk tidur, dia memantau di dapur memastikan nasi di dalam periuk eletrik sudah tersedia dimasak untuk sahur esoknya.
12. Dia memperingatkan anak-anaknya agar tidur awal untuk bangun awal esoknya.
13. Dia memastikan jam loceng atau handfon yang ada "alarm" tersedia untuk mengejutnya pada jam 5 pagi esoknya.
14. Dia menyatakan kepada anda yang dia bercita-cita untuk mendapatkan Malam Laillatul Qadar" di sepuluh malam terakhir dengan meminta kebenaran anda utk beriktikaf di masjid yang berdekatan.
15. Dia menanyakan kepada anda, tarikh untuk bershopping membeli pakaian untuk anda dan anak-anaknya.
16. Dia tutup setiap malam dgn memeluk anda walaupun anda membelakanginya dengan kedengaran sebutan lidahnya membaca "Tiga Qul" sebelum berdengkur meninggalkan alam sedarnya.


Inilah kebahagian hakiki seorang isteri kerana suaminya berusaha menjadi pemimpin yang bertaqwa untuk melayari bahtera keluarganya ke destinasi yang hakiki. Ke Syurga Jannah.


Selamat bergembira dan berbahagia wahai isteri-isteri.

Dipetik dari
http://ratuhati.com/


with lurve

Rabu, 18 Ogos 2010

.L.O.V.E.



Never love a love that hurts...
never hurt a love that loves !!!

Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...






with lurve